Date: Sunday, August 3, 2008 || Time: 10:35 PM
|
|
REVIU MALAM JALURAN SENI POTENSI MENYERLAH Oleh Zaharian Osman JIKA objektif pementasan yang ingin mempamerkan bakat-bakat penari muda dalam ciptaan gerak tari, ia memenuhi sasaran. Malam Jaluran Seni 2008 (MJS) anjuran Perkumpulan Seni Singapura (PS) pada Sabtu lalu di Pusat Budaya Politeknik Republic memenuhi jangkaan memperkenalkan koreografer tari muda. Bakat Noramin dan Mohd Yazid dijangka menjadi pelapis yang boleh dipertanggungjawabkan meneruskan perjuangan jurutari mapan seperti pasangan bersaudara, Mohd Kamal dan Mohd Kamel Ridzuan serta Ramlan Rasidi. Lebih membanggakan, penulis tersenyum puas melihat lebih daripada 70 aktivis tari remaja berhimpun di sebuah pentas untuk mempamerkan bakat yang digilap menerusi berpuluh sesi latihan sejak empat bulan lalu. Ini isyarat positif bagi PS meneruskan aktiviti untuk memangkinkan suasana seni setempat. Kesan keseluruhan menonton MJS tidak menghampakan. Ada kemantapan di segi teknikal seperti kesan penataan cahaya yang lebih terperinci. Syabas kerana PS kian menitikberatkan aspek penting ini, selain penataan muzik yang menghangatkan pementasan MJS pimpinan Qamar Baba. Kini, peranan pemain muzik di Gendrum bukan lagi sebagai kumpulan iringan sahaja. Koreografer Noramin tampak selesa dengan koreografi Zapin Perpaduan yang melambangkan perpaduan ragam, kostum dan penghafalan tari. Satu oleh Mohd Yazid pula mengandungi banyak ragam tari kontemporari yang banyak duplikasi dan arah yang kurang jelas. Jurutari mapan, Mohd Kamal Ridzuan, pula tiada masalah menyampaikan mesej dalam kreasi tari beliau, Gelombang Bertingkah Raga Melimpah, yang menggabungkan gerak tari asas disenyawakan dengan ragam tari eksperimental berdasarkan daripada pergerakan tubuh manusia. Aktivis seni yang menonton pementasan MJS akan berasa puas jika kesemua pujian ini digabungkan. Namun MJS tetap ada kelemahan. Penulis amati hampir keseluruhan anak tari bimbingan ketiga-tiga jurutari mapan ini kurang emosi - aspek penekanan ekspresi muka semasa menari agak longgar. Di pentas besar seperti ini, mereka perlu kuat stamina untuk terus berlegar dan beraksi. Mereka banyak menghafal ragam tari daripada menghayati setiap pergerakan yang diolah jurutari. Kesannya - kurang menyerlah kerana gerak tari hanya menjadi hiasan semata tanpa pengkhususan. Penulis tertarik dengan seorang anak tari wanita yang meskipun tubuhnya berisi sedikit tetapi lebih menyerlah lentik dan lenggoknya daripada anak tari yang bertubuh langsing. MJS lebih menghiburkan kerana adegan selingan (extra turn) lakonan Atuk (Ramlan Rasidi) dan Manja (Fadhilah Samsudin) yang menyelit unsur humor bagaimana sesuatu gerak asas tari diilhamkan sehingga mengundang hilai ketawa daripada penonton. _________________________________________________________________ "I so called happy wif the review as i feel that the critic really paid attention to my dance rather than falling asleep..hehehehe.....it shows that he really paid a close attention to spot out such details of the dance...to my Dancers, dun let such comments bring you down but it is from such comments like this we should brace ourselves more and prepare us more for our next stage of the arts scene...To me, i feel this comment has made me more stronger .....Btw, My name is Abdul Yazid not Mohd Yazid.....hehehehe" Abdul Yazid Juhuri, Artistic Director DIAN Dancers Please refresh after each posting!
To engage our services or to be part of our team, contact us as of below. Facebook:Dian Dancers |